21 December 2011

Warga Berjasa ....

KK nak ucapkan terima kasih di atas cenderahati dan Sijil Penghargaan yang telah disampaikan oleh Ybhg. Dato' Ir. Abdullah bin Abdul Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor pada Majlis Penghargaan Warga Berjasa JKR Selangor Tahun 2011 pada petang tadi. Turut KK nak ucapkan tahniah kepada JKR Selangor di atas beberapa pencapaian dan kejayaan yang telah diterima seperti Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2011, Anugerah Persijilan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan lain-lain anugerah. Semoga JKR Selangor terus maju jaya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...