01 February 2012

Klip 3GP (2011)


EDDIE pada usia sekitar 20-an sudah menikmati kejayaan menerusi perniagaannya di Internet. Dia memiliki hampir semuanya -- kacak, mewah dan ramai teman wanita. Namun tanpa disedari sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan membeli dan menjual klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula seorang eksekutif yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia menjadi mangsa ugutan teman lelakinya, Sunny yang memiliki rakaman video hubungan intim mereka.Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong isterinya sendiri Rita kerana inilah cara mereka mengaut untung. Dengan memperdayakan wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut, mereka mampu kaya.
Suria, Mina dan Zakiah pula tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan pada hujung minggu di ibu kota. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu sesuatu yang mengerikan. Sementara itu, Sandra pelajar sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual Jefri.Lebih dari itu, Sandra dirogol beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri termasuk abang kandung Sandra sendiri, Burn. Babak perkosaan mereka itu turut dirakamkan geng ganas itu melalui kamera telefon bimbit Jefri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...