17 February 2012

Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat

Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat

Pengenalan

Mesyuarat, kursus atau seminar merupakan sebahagian daripada tuntutan kerja pada hari ini. Seseorang pekerja menghabiskan masa sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk bekerja selama 5 hari seminggu dan kebanyakan daripada masa tersebut habis dengan duduk di pejabat dan di bilik mesyuarat. Kadang-kadang di hujung minggu juga, kita akan menghadiri kursus, seminar, konferens ataupun bengkel. Kebiasaannya makanan dan minuman akan disediakan untuk peserta. Memandangkan sebahagian besar masa dihabiskan dengan duduk sepanjang hari, sewajarnya makanan yang dihidangkan semasa mesyuarat adalah makanan yang sihat.

Kepentingan penyajian hidangan sihat dalam mesyuarat

Penyajian hidangan sihat semasa mesyuarat adalah penting untuk memberi pilihan yang lebih sihat kepada ahli mesyuarat. Ia juga secara tidak langsung dapat mengawal pengambilan makanan semasa mesyuarat dan menggalakkan amalan makan secara sihat di kalangan ahli mesyuarat. Penyediaan hidangan sihat semasa mesyuarat juga dapat memastikan pengambilan kalori harian yang betul iaitu 1500 kalori bagi wanita dan 2000 kalori bagi lelaki.

Untuk lanjut, sila download ... Jangan lupa amalkan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...