01 February 2012

Setinggan (1981)


Setinggan adalah filem arahan Datuk Aziz Sattar pada tahun 1981 dengan durasi lebih kurang 90 Minit. Antara pelakon-pelakon nya ialah S. Shamsudin,Yusni Jaafar,Ibrahim Pendek,Sukarni Jaafar,Rozita Rohaizad ,Mariani ,Zulkeflie M. Osman,Ebby Saiful. Filem ini mengisarkan tentang Penduduk kawasan setinggan menjadi mangsa gangguan hantu dari sebuah kubur tentera jepun yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua dahulu. Antara yang menjadi mangsa gangguan ialah keluarga pak Sudin. Burn dan seorang yang mempunyai 3 orang anak gadis. Sebelum ini kampung setinggan yang dibangunkan di kawasan yang dipercayai bekas kubur tentera Jepun itu, aman damai dengan penduduknya saling bekerjasama. Tapi sejak akhir-akhir ini hantu-hantu dari kubur itu merayau dan menggangu penduduk kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...