07 June 2012

Cardiff City Akhirnya Tukar Warna Jersi Dari Biru Kepada Merah


Jersi terbaru Cardiff City berwarna merah mendapat bantahan peminat kelab tersebut.

TAN SRI Vincent Tan akhirnya mengenepikan bantahan peminat setia kelab bolasepak Cardiff City dengan menukar jersi pasukan itu daripada biru kepada merah untuk musim akan datang.

Beliau juga turut menukar lencana kelab tersebut dari burung layang-layang kepada naga.


Naga adalah simbol untuk Wales di mana Cardiff City terletak.

Dengan keputusan untuk menukar maskot burung layang-layang kepada naga, kelab itu turut menukar gelarannya daripada 'Bluebirds' kepada 'the Dragons'.

Tan, yang setakat ini telah melabur £100 juta ke atas kelab itu pada mulanya menarik balik keputusan untuk menukar imej Cardiff daripada biru kepada merah selepas ia mendapat bantahan daripada para peminat setia kelab itu.

Bagaimanapun Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee mempertahankan keputusan muktamad untuk menukar warna rasmi serta logo kelab.

Naga...lencana baru Cardiff City.

"Saya sedar dan memahami akan adanya bantahan terhadap pertukaran ini tetapi kami berharap para peminat memahami akan niat sebenar di sebalik perubahan ini dan akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Cardiff City," ujarnya.

Beliau menambah, kelab ini akan tetap dikenali sebagai Kelab Bolasepak Cardiff City dan sebarang perubahan pada warna dan juga logo tidak sama sekali akan menukar semangat dan sejarahnya.

Vincent Tan dilaporkan inginkan warna merah kerana ia adalah warna yang membawa tuah kepada kepercayaan masyarakat Cina dan begitu juga dengan lambang naga.

Sumber : mStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...