24 June 2012

Doa untuk ibu bapa .


Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata ….. 
”setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu… 
Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” 
Huraian hadith: · jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) · Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) · Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah · Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh) · Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah 
Wallahu a’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...