31 August 2012

Komando ..


posted from Bloggeroid

30 August 2012

Jemputan


Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
BN Selangor
1 September 2012
Pusat Penyelidikan Getah Malaysia
Sungai Buloh Selangor

posted from Bloggeroid

29 August 2012

Suasana Gangnam Raya

Suasana Gangnam Raya ... memang ceria dan sempoi ...

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang


Khas penghuni kuarters Putrajaya

posted from Bloggeroid

Jom racing ...


posted from Bloggeroid

Jamil Kucing ...


28 August 2012

Pilihan warna dengan yakin, semudah 1-2-3



Mencari idea warna untuk dalaman dan luaran rumah. Muat turun gambar rumah anda sendiri dan cuba serta pilih/tukar warna sendiri. Boleh guna berulang-ulang kali tanpa menggunakan cat sebenar.

Untuk pengguna pertama kali, jangan lupa mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan Jotun Colour Advisor. 

Waspada individu menyamar pasukan kerja TNB


27 August 2012

Sejarah POLISAS


Sejarah POLISAS
Penerbit & Penyampai - Azahari B.A.

Perdana Menteri Tertekan ?


Saksikan klip ini...

25 August 2012

Jangan dilayan ..


posted from Bloggeroid

Belajar ikat samping ...


24 August 2012

Bahasa itu melambangkan budaya kita


Tak salah nak 'menegur' tapi biar kena ... Hak anda nak ber'tweet' .. ber'FB' tidak dipersoalkan tetapi ... Jangan terlalu beremosi dan menyerlahkan tahap IQ yang rendah

posted from Bloggeroid

Di sini tak de jual minyak kereta ..


Di sini tak de jual minyak kereta kalau mau cuci boleh laa ...

posted from Bloggeroid

Biar berterusan ..


posted from Bloggeroid

Awas ! Lembaga hitam di hadapan ..


Awas ! Lembaga hitam pegang bendera merah di hadapan.

posted from Bloggeroid

23 August 2012

Stop making excuses ...


posted from Bloggeroid

Lembu


Dari Negeri Sembilan sampai ke Johor


Berhati-hati memandu

posted from Bloggeroid

Berhenti sebentar sambil ....


Berhenti sebentar sambil men'REVIVE'

posted from Bloggeroid

Bila anda menghampiri kawasan ini ...


Bila anda menghampiri kawasan ini pasti ada yang memerhati.

Senyum ....

posted from Bloggeroid

The LEGO® Story

Kisah camner wujudnya LEGO® ....

22 August 2012

Rambang mata ...


Sabar .. Sabar .. Sabar ..

posted from Bloggeroid

Mengapa jadi begini ....


Tak nak komen apa-apa .... korang fikirkanlah sendiri .... Harap-harap ini bukan kenyataan ... Ingatlah kepada Allah .... Insaf dan taubat sebelum terlewat ...

21 August 2012

Jem giler ...


Sabor je laa ....

posted from Bloggeroid

20 August 2012

Memang power lori nie ..


Super ... super power ...

posted from Bloggeroid

I'm not perfect but ....


posted from Bloggeroid

19 August 2012

Jom solat raya ..


MASJID KUALA KRAU ..

posted from Bloggeroid

18 August 2012

Korang tahu apa nie ...


posted from Bloggeroid

Masih meriah


Esok hari raya .. Esok hari raya ... Yeah .. Yeah .. Esok hari raya ..

posted from Bloggeroid

Cak ...


Selamat Hari Raya Datuk Seri ..

posted from Bloggeroid

Pen Dryf ?


posted from Bloggeroid

17 August 2012

Kontraktor di Putrajaya main-main


PUTRAJAYA - Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat semalam menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor di Putrajaya. Beliau menegur kontraktor-kontraktor yang diberi kepercayaan menjaga kebersihan serta kecantikan Wilayah Persekutuan itu supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Katanya, kerja yang dilaksanakan sesetengah kontraktor seperti khidmat menyelenggara kebersihan dan kecantikan pokok di tepi jalan, pengurusan sampah, taman, tasik, longkang, tandas awam dan papan tanda jalan kurang memuaskan. "Saya ada mengambil lebih 200 gambar mengenai keadaan kebersihan dan kecantikan. Pokok-pokok tak dipangkas, lantai berlumut, sampah di merata tempat, tandas kotor. Maknanya tidak ada penyelia mengawasi apa yang dilakukan oleh pekerja. "Kalau depan mata saya nampak tak bersih dan cantik, macam mana nak pastikan seluruh Putrajaya ini cantik, indah dan bersih. Budaya penyelenggaraan perlu dititikberatkan," katanya dalam satu majlis perjumpaan dengan para kontraktor di sini semalam. Difahamkan Perbadanan Putrajaya membelanjakan RM179 juta setahun bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan awam di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu. Ini termasuk kerja penyelenggaraan taman-taman awam, jalan raya, tandas awam, kutipan sampah dan sebagainya.

Alhamdulillah ..


Menyempurnakan salah satu kewajipan ...

posted from Bloggeroid

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan blogger ..Mohon ampun dan maaf dipinta, semoga kalian semua selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju...

Kalau hari-hari ...


Kalau hari-hari macam nie kan best.

posted from Bloggeroid

Kosong ... Kosong ...


posted from Bloggeroid

Perlukah 5S ..

Hehehehehehehe ....

16 August 2012

Tips Hari Ini


Padamkan semua sumber elektrik yang tidak digunakan sebelum meninggalkan rumah

posted from Bloggeroid

30% Toll Rebate ...

30% Tol Rebat pada 15, 16, 22, 23 & 31 Ogos 2012 ... so gunakanlah PLUSMiles Tounch 'n Go ....

RM99 sahaja ...

Harga tengah 'smart' .... Promosi pembalian Smart Tag dengan harga RM99.00 sahaja dari RM120 harga biasa..... Selagi stok masih ada ... Pasni tak yah berhenti bukak tingkap lagi ....

15 August 2012

Sesak ...


posted from Bloggeroid

14 August 2012

Kenapa orang suka blog ..

1.
2.
3.
4.
5.

atau


Walaupun apa alasan dan sebab, biarlah penuh beretika dan menggunakan 'kebebasan' yang diberikan dengan sebak-baiknya.

Cuti-cuti santai ...


Menawarkan perkhidmatan bilik dari jenis apartment dan villa di bawah Mayang Sari Resort & Spa. Terdapat beberapa lokasi yang boleh menjadi pilihan kawan-kawan semua. Mayang Sari Resort & Spa ada di Port Dickson, Negeri Sembilan..Di Dungun Terengganu…Di Kota Bharu, Kelantan..Di Cameron Highland, Pahang..Di A Famosa Resort dan Bandar Melaka, Melaka

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Matnor : 019-3287837 Emel : matnormayangsari@gmail.com.  
Nota : Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh menginap.

AES Kesan Kesalahan Pemandu Mulai September Ini

PUTRAJAYA: Bermula September ini, lebih 1,000 kamera akan memantau keadaan trafik di seluruh negara di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ia merangkumi 566 kamera had laju, 265 kamera lampu isyarat dan 250 kamera bergerak.

Kementerian Pengangkutan adalah pemilik AES manakala agensinya akan bertanggungjawab melaksanakan sistem tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata sistem tersebut telah diuji di lebih 10 lokasi dengan setiap kamera berupaya mengesan kira-kira 600 pesalah setiap hari.

"AES akan mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat. Terdapat imej 12mb untuk menunjukkan masa, tarikh dan lokasi pesalah.

"Sistem tersebut telah mengurangkan kadar kemalangan di negara lain. Kajian menunjukkan bahawa pengguna jalan raya dipengaruhi oleh Persepsi Akan Ditangkap (POBC) iaitu kira-kira 20% di Malaysia manakala yang ideal ialah melebihi 80%," katanya dalam temu bual.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk menempatkan setiap pegawai bagi melakukan pemeriksaan di semua lokasi strategik.

"Sistem tersebut boleh mengimbangi halangan ini," katanya.

Sebaik saja AES digunakan sepenuhnya, pengguna jalan yang ingkar akan menerima saman dalam tempoh dua minggu dari tarikh kesalahan.

AES diserahkan kepada dua syarikat.

"Kami tidak perlu membayar kepada mereka kerana mereka akan menerima potongan saman yang dikeluarkan. Namun peratusannya masih belum ditentukan.

"Syarikat tersebut bertanggungjawab untuk membangun dan menyelenggara sistem itu untuk tempoh lima tahun. Selepas itu, kami akan menentukan sama ada mahu membiarkan mereka meneruskan tanggungjawab itu atau membiarkan mereka membeli sistem itu pada harga RM800 juta," katanya.

Solah berkata, sistem itu akan digunakan untuk mengesan semua kesalahan trafik, bukan hanya membabitkan pemanduan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Sumber : mStar Online

Seribu dinar ..


posted from Bloggeroid

13 August 2012

Kena faham matlamat hidup kita ..


posted from Bloggeroid

Jauhkan kami ..


posted from Bloggeroid

Tak cukup ...


posted from Bloggeroid

Sepasang Baju Kurung ..

Ringkas tapi penuh makna...

The Journey ..

Walaupun ini hanya satu lakunan. Tapi ia sungguh membawa keinsafan dan kesadaran yang cukup mendalam.

12 August 2012

Budak sekarang kenal ker ...


posted from Bloggeroid

Yakinlah ...


posted from Bloggeroid

11 August 2012

Sama-sama beringat ...


posted from Bloggeroid

Ibadat Puasa Dan Kepentingan Ekonomi

Ibadat Puasa, Al-Quran dan Pedoman Hidup

Allah telah memilih bulan Ramadhan untuk al-Quran diturunkan. Al-Quran adalah mujizat teragong yang Allah kurnia kepada Nabi s.a.w. untuk membimbing umat manusia. Dalam al-Quran Allah berfirman dengan maksud:

"Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (Al-Baqarah: 2)

Al-Quran telah menyediakan prinsip-prinsip arahan untuk manusia memandu kehidupan diperingkat dirinya dan bermasyarakat.

Menepati semangat tersebut usaha untuk menimba ilmu dari al-Quran untuk menjadi panduan dalam kesemua aspek kehidupan patut diperlipat gandakan.

Umat Islam perlu berkeyakinan bahawa usaha mereka tidak memadai dengan membaca al-Quran sahaja di bulan Ramadhan ini. Bahkan umat Islam dituntut meningkat budaya membaca, menyelidik dan menghasilkan ramuan formula untuk menyusun kehidupan menepati arahan al-Quran semoga umat Islam sentiasa berdaya maju dan progresif.

Justeru itu usaha-usaha ke arah matlamat tersebut perlu dilipat ganda khususnya di dalam bulan Ramadhan.


Pendekatan al-Quran dalam menyusun kehidupan manusia samada diperingkat individu dan masyarakat sangat bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan untuk mencapai kemuliaan hidup di dunia dan seterusnya di alam akhirat.

Dalam konteks tersebut salah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah kemantapan amalan kerohaniah semoga individu Muslim dapat mendampingi dengan Penciptanya Allah s.w.t. Tujuan ini boleh dicapai melalui ibadat puasa.

Al-Quran menjelaskan kewajipan berpuasa sebagai berikut:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)Puasa Untuk Menyuci Roh Manusia

Manusia dicipta Allah dengan mengandungi roh, jasad dan akal. Kesemua keperluan untuk memaju komponen manusia ini perlu dipenuhi tanpa pengecualian dan dimajukan secara sepadu.

Allah mengingati manusia dalam al-Quran:

"dan jiwa/roh serta penyempurnaannya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa/roh itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."

(Asy Syams: 7-10)

Roh manusia dicipta Allah untuk membeza perkara yang benar dengan yang batil. Justeru itu kejayaan manusia akan dicapai apabila rohnya sentiasa berada dalam keadaan suci. Untuk mengenali perkara yang baik, ibadat puasa adalah di antara ibadat yang mampu mendidik roh manusia ke arah pencapaian tersebut.

Konsep meningkat kekuatan kerohaniah manusia gagal difahami oleh masyarakat sekular. Keruntuhan moral dan hilang pedoman hidup masyarakat sekular dewasa kini adalah disebabkan putusnya hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Ibadat puasa melatih manusia menguasai dan membimbing nafsu kehaiwanannya semoga tunduk kepada sifat kemalaikatan yang terdapat dalam diri manusia.

Islam berkeyakinan bahawa kejayaan untuk membangun diri manusia, masyarakat dan negara bergantung rapat dengan ketinggian akhlak individu.

Akhlak tinggi manusia dalam ke semua aspek termasuk dalam aktiviti ekonomi dan sebagainya akan terjamin jika sifat semula jadi yang terdapat pada tiap-tiap diri manusia iaitu sifat kemalaikatan dapat membimbing sifat kebinatangan.

Contohnya, usaha untuk memaju ekonomi masyarakat perlu dicapai melalui kemantapan penghayatan akhlak. Bahkan kemantapan kerohaniah manusia akan mengurangkan ketidakadilan ekonomi dari berlaku. Roh yang suci akan mendokong usaha keadilan dalam aktiviti ekonomi bermasyarakat.

Dalam menyusun sistem ekonomi, Islam menganjur semoga prinsip keadilan dapat diamalkan. Dari pendekatan tersebut lahirlah prinsip al'adl wal ihsan diketengahkan. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan."

(An Nahl: 90)

Melalui pendekatan prinsip al `adl wal ihsan dalam penyusunan ekonomi, kestabilan dan keharmonian ekonomi mudah dicapai dan seterusnya membantu ekonomi negara mencapai pertumbuhan ekonomi secara berterusan.

Puasa Membimbing Kegiatan Ekonomi

Dari kesucian jiwa, manusia tidak gelojoh dan hilang pertimbangan dalam penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi. Prestasi kegiatan ekonomi yang berterusan berkualiti memerlukan penghayatan nilai hidup yang luhur secara berterusan. Justeru itu penglibatan individu dalam aktiviti ekonomi turut mengambil kira tugas dan tanggungjawab yang lain.

Aspek ekonomi di sebut dalam istilah yang positif dalam al-Quran. Tetapi berbeza dengan pendekatan ideologi sistem `materialisme' (kebendaan). Bagi Islam usaha untuk memajukan ekonomi adalah untuk meningkat kualiti kehidupan manusia. Justeru itu keperluan kepada kekuatan ekonomi adalah salah satu dimensi yang penting untuk memertabatkan ummah.

Budaya rakus kepada harta bukan pendekatan yang mampu membina daya juang yang berkekalan bahkan ia menimbul kehancuran kepada diri dan masyarakat.

Berasaskan budaya rakus akan lahirlah pegangan hidonisme iaitu memuas nafsu adalah pegangan hidup.

Pegangan hidup sedemikian adalah bertentangan dengan fitrah kemanusiaan dan seterusnya mampu menjejas prestasi ekonomi bermasyarakat dan bernegara.

Puasa Menyusun Sistem Ekonomi

Ibadat Puasa dengan itu membina keinsafan golongan berada terhadap kepahitan hidup golongan miskin. Puasa menanamkan semangat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan bertimbang rasa. Allah berfirman dengan maksud:

"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin." (Al-Maa'uun: 1-3)

Justeru itu pembasmian kemiskinan mutlak adalah tanggungjawab keagamaan. Pembinaan ekonomi bermasyarakat dan bernegara memerlukan semua lapisan tenaga manusia dilibat tanpa dikecualikan. Oleh itu melalui pembasmian kemiskinan kesemua anggota masyarakat akan mampu melibat diri secara efektif dalam pembangunan ekonomi negara.

Semangat ibadat puasa turut menganjur kepada penghayatan semangat keadilan dalam kehidupan bermasyarakat, dimana segala bentuk manipulasi dan penindasan dalam kegiatan dan penyusunan ekonomi di tegah.

Semangat ini mengarah kepada penghayatan prinsip al adl wal ihsan dalam penyusunan ekonomi bermasyarakat dan bernegara.

Ibadat puasa mampu membina diri individu melalui sikap adil, muafakat dan persaudaraan.

Ciri-ciri ini adalah asas-asas penting kepada kestabilan ekonomi dan peningkatan prestasi ekonomi masyarakat.

- Artikel DIPETIK DARI LAMAN WEB www.ikim.gov.my oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

10 August 2012

Bermula dari anda ..


posted from Bloggeroid

09 August 2012

KENALI KAMERA AES


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...