28 September 2012

Terima kasih ..


27 September 2012

Masyarkat ?


23 September 2012

Senyum pun kena pecat



22 September 2012

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

AES berkuatkuasa esok, 23 September 2012

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok. Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. “Orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,” Pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut. Kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua kilometer dari lokasi kamera AES dipasang. “Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat. “Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my,”

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sumber : www.jpj.gov.my



17 September 2012

Campak bayi dari flat


PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan. “Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya. Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung. Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala. “Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui. “Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. “Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17

16 September 2012

Jangan ...


posted from Bloggeroid

13 September 2012

Surprise! Britney Learns 'Gangnam Style' from Psy!

12 September 2012

Too busy ..


posted from Bloggeroid

Lemas di Taman Gelora



KUANTAN: Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin. Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit. Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit. Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.

07 September 2012

Sedut kepala bayi



06 September 2012

Pentingnya teamwork ...


Siapa yang bersalah ...


posted from Bloggeroid

Pura-pura mati untuk uji kekasih

MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.

Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.

Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.

Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.

“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.


Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.

Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.

“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05

Sumber : myMetro

Suami pukul setiap bulan

Ipoh: Wanita yang memuat naik rakaman dia dibelasah suaminya di internet, mendakwa dipukul hampir setiap bulan atas pelbagai sebab sejak mereka berkahwin 17 Januari lalu.

Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan berkata, kejadian terbaru pada 23 Ogos lalu yang paling teruk sehingga dia tidak mampu bertahan, lantas memuat naik rakaman CCTV ke akaun Facebook.

Sehingga ini saya masih trauma dan menangis setiap malam.

Perut saya juga sakit, katanya yang bimbang kandungannya kerana laporan perubatan menunjukkan kemungkinan keguguran.

Mengimbau kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Ipoh Garden South, yang dimuat naik itu, Kim Yen berkata, ia bermula apabila dia membantah permintaan rakan suaminya mahu meletakkan produk minyak wangi tiruan di butiknya kerana bimbang menjejaskan reputasi perniagaan.

Katanya, dia tidak mempercayai individu itu kerana masih belum membayar hutang suaminya lebih RM2,000 walaupun sudah banyak kali diminta berbuat demikian sejak dua tahun lalu.

Suami marah saya menolak permintaan rakannya itu. Apabila saya katakan tidak berapa sihat dan mahu balik rumah, dia mula memukul saya. Sejak itu sehingga sekarang saya belum berjumpanya," katanya pada sidang media di pejabat MCA Ipoh Timur, semalam yang turut dihadiri ibunya, Lily Yeoh, 49, dan Ketua MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong.

Sementara itu, peguam wanita itu, Datuk G Amarjit Singh Gill, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mendapatkan perintah perlindungan interim mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994 daripada Mahkamah Majistret, kelmarin bagi menghalang suami Kim Yen yang berusia 26 tahun daripada mendekatinya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata kertas siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah siap dan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan lanjut.


05 September 2012

Nak menang iPad ?


posted from Bloggeroid

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.


Jangan bermusuh ..


posted from Bloggeroid

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri JPM 2012


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433 HIJRAH 

JABATAN PERDANA MENTERI, ANJURAN KELAB BUKIT PERDANA

04 September 2012

RM4 dah cukup ..


posted from Bloggeroid

Tak guna ijazah berjela


posted from Bloggeroid

Sahabat ..


posted from Bloggeroid

03 September 2012

Kantoi !! Artis popular tak puasa !!!


02 September 2012

Lain orang lain pendapat ...



Jangan dengki ..


posted from Bloggeroid

Jangan buat mereka bersedih


posted from Bloggeroid

Semua orang buat kesilapan ..


posted from Bloggeroid

01 September 2012

Kalo rete sendiri ..


Kalo rete sendiri takkan buat begini kan ....

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...