22 September 2012

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

AES berkuatkuasa esok, 23 September 2012

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok. Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. “Orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,” Pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut. Kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua kilometer dari lokasi kamera AES dipasang. “Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat. “Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my,”

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sumber : www.jpj.gov.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...