06 June 2015

RESTORAN KARI KEPALA IKAN SG SDN BHD (TAMAN SRI GOMBAK)

Jalan-jalan cari makan.

Restoren Kari Kepala Ikan SG Sdn Bhd
No.10,12 Jalan SG 1/8
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

Buat pertama kali aku berjaya singgah di sini setelah beberapa kali percubaan tidak berjaya.

Restoren ini beroperasi di bangunan 2 tingkat, bahagian tingkat bawah terdapat tempat pilihan makanan, kaunter bayaran manakala bahagian tingkat atas boleh menampung sejumlah pelanggan juga terdapat bilik-bilik khas yang kecil serta terdapat kemudahan solat disediakan.

Untuk kali ini, aku sekeluarga mencuba kari kepala ikan, kailan, otak-otak dan udang petai. Ternyata memang berbaloi dan harga pun berpatutan.

Bagi mereka yang belum berkunjung ke restoran ini, jangan lepaskan peluang untuk marasa sendiri keenakan dan kehangatan resepi kari kepala ikan Restoran Kari Kepala Ikan SG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...