13 June 2015

Umrah (Bahagian 1)

Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat melaksanakan Ibadah Umrah pada 17 - 28 Mei 2015 bersamaan 28 Rejab - 9 Syaaban 1436 yang lalu bersama-sama bapa mertua, ibu mertua dan adik ipar.

Kami memilih Pakej Umrah Intifada yang disediakan oleh pihak Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd (RTT) yang beralamat di No.311G Jalan Medan Bangi, Kompleks Diamond 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hari Pertama : 17 Mei 2015 

Jam 3.00 petang (waktu Malaysia) dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines (SV831) menuju ke Jeddah dari KLIA. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 8 jam. Oleh kerana penerbangan ini terus ke Makkah al-Mukarramah, kami bersedia dengan memakai ihram. Dengan kemudahan skrin komputer dan pengumuman oleh anak kapal, dengan mudah kita akan mengetahui bila kapal terbang akan melintas Qarnul Manazil supaya tidak terlupa berniat Ihram.






Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah lebihkurang jam 6.45 petang (waktu Arab Saudi). Setelah selesai urusan imigrisen dan bagasi, kami terus ke Makkah Al-Mukarramah. Sampai di Makkah jam 10.00 malam, kami menginap di Jawharat Al Husain Hotel yang jarak lebih kurang 300 meter dari Masjidil Haram. Selesai daftar dan makan malam dengan bimbingan Ustaz Ahmad Dardi sebagai mutawwif kami terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf Umrah, Saie dan Tahlul. 

Hari Kedua : 18 Mei 2015 

Lebihkurang jam 2.00 pagi, kami selesai menunaikan Rukum Umrah



Berehat sebentar di hotel, kembali ke Masjidil Haram untuk Solat Subuh. Waktu Solat Subuh masuk jam 4:18 pagi. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana aku di antara ribuan umat yang diizinkan berada di sini. Di pesekitaran dan dalam Masjidil Haram disediakan tong-tong/paip air Zamzam. Telaga air yang tidak pernah kering. Maha Kuasa Allah.






bersambung Bahagian 2 ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...