30 July 2017

SSPN-i Plus : Pelan simpanan dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensi

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

video

Keistimewaan:
  1.  Patuh syariah. 
  2.  Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun. 
  3.  Komitmen serendah RM 30.00 sebulan. 
  4.  Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00. 
  5.  Tiada pemeriksaan kesihatan. 
  6.  Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. 
  7.  Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak. Layak memohon pembiayaan pendidikan. 
  8.  Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
Pelan Simpanan


Kelayakan: 

Pendeposit 
  • Warganegara Malaysia. 
  • Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun. 
Penerima Manfaat 
  • Warganegara Malaysia. 
  • Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun. 
  • Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja. 
Lain-lain
  • Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat. 
  •  Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.
Pengeluaran/Penutupan Akaun: 

Pengeluaran 
  • Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minima yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000. 
  • Pengeluaran yang tidak memenuhi syarat diatas tidak akan diproses. 
Penutupan Akaun
  • Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN. 
  • Pendeposit akan menerima semua simpanan dalam akaun SSPN-i termasuk dividen tahunan dan nilai simpanan pada syarikat takaful (jika ada).
Pelepasan Taksiran Cukai: 
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM6,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). 
  • Melalui SSPN-i Plus,pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM6,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP. 
  • Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.

Pembukaan Akaun

Untuk membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit bagi SSPN-i Plus, anda hadir ke kaunter / pejabat PTPTN berdekatan dan pembukaan SSPN-i Plus turut dibuat melalui ONLINE  di https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003913.


26 July 2017

Rahsia RM1 Sehari

video


 

24 July 2017

PEMENANG CABUTAN WOW SSPN-i PLUS SUKU TAHUN SIRI PERTAMA 2016/2017 & ANUGERAH EJEN PEMASARAN



SSPN-i Plus - Tabung Pendidikan Anda ....

video


Jom simpan duit raya dalam SSPN-i Plus

video

Ketahui apakah itu Geran Sepadan

Ketahui apakah itu Geran Sepadan yang menawarkan insentif percuma RM50 kepada pendeposit yang membuka akauan SSPN-i/SSPN-i Plus untuk anak yang berdaftar tahun 1 di sekolah bantuan penuh kerajaan pada tahun 2017.

video

23 July 2017

Pakej Simpanan Dan Mannfaat Takaful SSPN-i Plus


Keistimewaan SSPN-i


21 July 2017

INSENTIF KHAS BAJET 2017 - PEMBERIAN GERAN SEPADAN (RM50.00)

Pada 21 Oktober 2016, YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017 telah mengumumkan insentif "geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50.00 dalam akaun SSPN-i". Selaras dengan pengumuman tersebut, pelajar tahun 1 (2017) yang menyimpan dalam SSPN-i/SSPN-i Plus sekurang-kurangnya RM50.00, LAYAK menerima insentif geran sepadan penambahan deposit berjumlah RM50.00

Bagi memastikan pemberian geran insentif (RM50.00) dapat diterima, Anda disarankan untuk membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit bagi SSPN-i/SSPN-i Plus dengan hadir ke kaunter / pejabat PTPTN berdekatan dan pembukaan SSPN-i Plus boleh dibuat melalui online di https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003913




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...