19 January 2018

ADA PERSOALAN SSPN1M ?




1. Apakah yang dimaksudkan dengan SSPN1M?
SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.

2. Apakah insentif Geran Sepadan RM500?
Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500.
3. Bilakah pelaksanaan insentif GS500 bermula?
Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
4. Siapakah yang layak menerima insentif GS500?
Insentif GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti berikut:
  1. Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
  2. Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah:
  • berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun; atau
  • sedang belajar di sekolah rendah
5. Di manakah pendeposit boleh membuka akaun/ menambah simpanan SSPN1M?
Akaun SSPN1M boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan.  Selain itu. pembukaan SSPN-i Plus turut dibuat melalui ONLINE  di https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003913.

6. Adakah terdapat pengecualian khusus untuk syarat-syarat pembukaan akaun SSPN1M bagi mendapatkan insentif ini? Sebagai contoh, kelonggaran syarat pembukaan akaun kepada warganegara asing yang bekerja di Malaysia.
Tiada. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN1M masih kekal sebagaimana sedia ada.

7. Adakah akaun baharu perlu dibuka jika penerima manfaat telah mempunyai akaun SSPN1M?
Tidak perlu.

8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan insentif GS500?
Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i Plus).
Contoh:
Penerima Manfaat
Keterangan
SSPN1M-i
SSPN1M-i Plus
Catatan
1
Simpanan
500
-
Layak GS500
2
Simpanan
-
500
Layak GS500
3
Simpanan
200
300
Tidak layak GS500

9. Adakah permohonan perlu dibuat untuk mendapatkan GS500?
Tidak perlu kerana insentif GS500 akan diberikan secara automatic.
10. Bilakah insentif GS500 ini diberikan?
Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan mulai 10 haribulan berikutnya di Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.
11. Adakah pendeposit layak mendapat perlindungan takaful berkelompok secara percuma sekiranya jumlah simpanan di dalam SSPN1M-i telah mencecah RM1,000 termasuk RM500 daripada insentif GS500?
Layak.
12. Adakah pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya telah mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari akaun SSPN1M-i dan membuat penambahan simpanan ke dalam akaun SSPN1M-i Plus sebanyak RM500 bagi penerima manfaat yang sama?
Tidak layak kerana simpanan bersih terkumpul tidak mencukupi RM500.
Contoh:
Penerima Manfaat
Keterangan
SSPN1M-i
SSPN1M-i Plus
Catatan
1
Pengeluaran
500
-
Tidak layak GS500

13. Adakah pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya telah mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari akaun penerima manfaat pertama dan membuat penambahan simpanan RM500 ke dalam akaun penerima manfaat kedua yang berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun?
Tidak layak kerana simpanan bersih pendeposit tidak mencukupi RM500.
Contoh:
Keterangan
Penerima Manfaat 1
Penerima Manfaat 2
Catatan
Pengeluaran
500
-
-
Simpanan
-
500
Tidak layak GS500

14. Bagi situasi di soalan no.13, bagaimanakah caranya agar pendeposit layak menerima insentif GS500?
Pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya membuat simpanan sebanyak RM1,000 ke akaun penerima manfaat kedua.
Keterangan
Penerima Manfaat 1
Penerima Manfaat 2
Catatan
Pengeluaran
500
-
-
Simpanan
-
1,000
Layak GS500

15. Seorang penerima manfaat mempunyai 2 akaun yang dibuka oleh ibu dan bapa. Adakah kedua-dua akaun layak menerima GS500 jika semua syarat telah dipenuhi?
Tidak. Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif GS500 sahaja. Keutamaan pemberian insentif ini adalah kepada akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM500
16. Pendeposit yang mempunyai lebih dari seorang penerima manfaat yang berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun dalam tahun 2018. Adakah kesemua penerima manfaat tersebut layak menerima insentif GS500?
Layak. Insentif diberikan kepada setiap penerima manfaat yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
17. Sekiranya penerima manfaat telah menerima insentif GS50 pada tahun 2017, adakah masih layak menerima insentif GS500 bagi tahun 2018?Layak kerana melibatkan insentif yang berbeza.
18. Adakah pembukaan akaun/ tambahan simpanan melalui wang sumbangan juga layak menerima insentif GS500?
Layak, sekiranya jumlah simpanan bersih mencukupi RM500.
19. Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan?
Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
20. Bolehkah simpanan selain insentif GS500 dikeluarkan sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun?
Boleh dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS50.Contoh:Pendeposit mempunyai baki simpanan sebanyak RM2,000 dan telah menerima insentif GS500. Keseluruhan simpanan adalah sebanyak RM2,500. Pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM1,500.
21. Adakah insentif GS500 boleh dipindahkan ke akaun penerima manfaat yang lain?
Tidak boleh. Insentif GS500 adalah milik penerima manfaat secara individu dan tidak boleh dipindah milik ke penerima manfaat yang lain walaupun di bawah pendeposit yang sama.
22. Jika pendeposit berhasrat untuk membuat penutupan akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, adakah insentif GS500 boleh dikeluarkan bersama?
Tidak boleh. Insentif GS500 akan ditarik balik sekiranya pendeposit melanggar terma dan syarat yang ditetapkan dan amaun penutupan hanya tertakluk kepada jumlah simpanan dan dividen sahaja.
23. Apa yang berlaku kepada GS500 sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal dunia sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun?
Apabila berlaku kematian ke atas:
  1. Pendeposit : Semua akaun di bawah nama pendeposit perlu ditutup dan layak menerima GS500.
  2. Penerima manfaat : Akaun penerima manfaat perlu ditutup dan layak menerima GS500.
24. Adakah insentif GS500 layak dividen?
Layak.

25. Adakah insentif GS500 layak mendapat pengecualian cukai?
Tidak layak. Insentif GS500 merupakan geran daripada kerajaan dan bukanlah simpanan daripada pendeposit.

Nota: Amaun simpanan SSPN1M-i Plus adalah merujuk kepada bahagian simpanan sahaja tanpa mengambilkira bahagian takaful.

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003913.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...